07 – 55 30308 corporate@utm.my

Our Services

In line with the rebranding of the UTM, the existence of a unit under the Office of Corporate Affairs is required to support the achievement of the University’s strategic goals as follows:-

  1. Protect, promote and manage the reputation UTM, internally and externally.
  2. Custodian of the University’s corporate brand/identity.
  3. Seek optimal exposure of UTM’s brand, reinforcing its standing in the higher education market.
  4. Ensure UTM’s brand is communicated through high-quality and cost-effective promotional materials and events.
  5. Ensure all staff understand and share University’s vision and mission, and its activities through internal communication activities.

 

The Corporate Communication and Branding unit is responsible for the following functions:-

  1. Manage the preparation and coordination of information materials for publication and printing materials such as Annual Reports, SkudaiPost, brochures, pamphlets, articles, letters, speech texts, press releases, websites, advertisements, photo shooting and video presentations for distribution, information circulation and feedback to stakeholders (interested parties) on the vision, mission, strategic direction, agenda and achievements of UTM.
  2. Monitor and manage the usage of English language, editing and translation in the context of national identity and the demands of internationalisation. Corporate Communications and Branding Unit will work through their continuing linguistic activities by applying the elements of knowledge, culture and so forth in writing and publishing materials.
  3. Manage the branding initiatives through brand building, brand positioning, brand extensions and brand awareness in all thrust and activities, on-campus and external community, both nationally and internationally through the channel of communication, promotion and publicity.
  4. Establish the branding guidelines and manage branding enforcement through monitoring and reports received.

 

Justification on the coordination of the UTM publicity and promotion efforts are as follows: –

  1. Consistent presentation of the university image
  2. Cost-effective
  3. Quality control
  4. Effective brand monitoring
  5. Directed promotion and publicity activities

 

Selaras dengan penjenamaan semula UTM adalah menjadi keperluan kewujudan sebuah unit di bawah Pejabat Hal Ehwal Korporat yang berperanan untuk menyokong pencapaian matlamat strategik tersebut seperti berikut :-

  1. Melindungi, mempromosi dan mengurus reputasi UTM, di peringkat dalaman dan luaran.
  2. Bahagian yang bertanggungjawab menjaga identiti / jenama korporat universiti.
  3. Mengetengahkan jenama UTM untuk mendapatkan pendedahan yang optima dan memperkukuhkan kedudukan di pasaran institusi pengajian tinggi.
  4. Memastikan jenama UTM disampaikan melalui bahan promosi dan upacara yang berkualiti tinggi.
  5. Memastikan semua warga universiti memahami, menghayati dan berkongsi falsafah, visi, misi dan objektif universiti melalui aktiviti komunikasi dalaman.

Unit Komunikasi Korporat dan penjenamaan akan bertanggungjawab menjalankan fungsinya seperti berikut :-

  1. Mengurus penyediaan dan penyelarasan bahan maklumat untuk penerbitan dan bahan pencetakan seperti Laporan Tahunan, SkudaiPost, brosur, risalah, artikel, surat, teks ucapan, kenyataan akhbar, web, pengiklanan, rakaman foto dan persembahan video untuk tujuan edaran, hebahan maklumat dan maklum balas kepada stakeholders (pihak yang berkepentingan) berkaitan visi, misi, hala tuju, agenda dan pencapaian universiti.
  2. Memantau dan Mengurus hal ehwal Bahasa Inggeris, penyuntingan dan penterjemahan dalam konteks jati diri kebangsaan dan tuntutan pengantarabangsaan. Bahagian Komunikasi Korporat dan Penjenamaan  akan mengusahakan kegiatan kebahasaan melalui merekayasa iaitu dengan menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya dan sebagainya dalam bahan penulisan dan penerbitan.
  3. Menguruskan penjenamaan, meningkatkan citra (brand building), kedudukan penjenamaan (brand positioning), perluasan penjenamaan (brand extension) dan pengetahuan mengenai penjenamaan UTM (brand awareness) dalam semua tujahan dan kegiatan, di kalangan masyarakat kampus dan luaran, di peringkat nasional dan antarabangsa melalui saluran komunikasi, promosi dan publisiti.
  4. Selain itu menyediakan garis panduan penjenamaan dan menguruskan penguatkuasaan penjenamaan melalui pemantauan dan laporan yang diterima.

Tugas-tugas semasa terbahagi kepada 3 komponen seperti berikut :-

 I.          Komunikasi Korporat (Luaran)

  1. Menyediakan bahan dalam Bahasa Inggeris untuk artikel, surat, kenyataan akhbar, teks ucapan, web;
  2. Memantau penggunaan bahasa Inggeris dalam penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah, rakaman foto dan video bagi tujuan edaran dan rujukan warga universiti dan pihak yang berkepentingan;
  3. Memantau penggunaan Bahasa Inggeris dan pematuhan penjenamaan dalam bahan promosi dan publisiti seperti gegantung (bunting), kain rentang (banner) dan papan tanda (signage); buku program, kad ucapan dan lain-lain;
  4. Menyediakan bahan penerbitan universiti dalam bentuk penulisan/ pengiklanan dalam akhbar/majalah, brosur, booklet dan multimedia;
  5. Menyelaras maklumat melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah; rakaman foto; dan video bagi tujuan edaran dan rujukan warga universiti.

II.          Komunikasi Korporat (Dalaman)

  1.  Hebahan dan makluman mengenai maklumat universiti; dan
  2.  Edaran bahan maklumat dan rujukan kepada warga universiti.

III.        Penjenamaan

  1. Pengurusan Garis Panduan Penjenamaan;
  2. Pengurusan Penguatkuasaan Penjenamaan; dan
  3. Melaksanakan aktiviti penjenamaan (brand building).

Justifikasi penyelarasan usaha publisiti dan promosi UTM :

  1. Keseragaman penyampaian dan persembahan imej universiti
  2. Keberkesanan kos
  3. Kualiti yang terkawal dan terjamin
  4. Kaedah pemantauan penjenamaan yang lebih berkesan
  5. Promosi dan publisiti yang lebih terarah