Etika Penggunaan Emel
Semua staf dinasihatkan untuk tidak menggunakan akaun yang didaftarkan secara percuma untuk penghantaran e-mel rasmi dan membabitkan diri di dalam aktiviti penyamaran alamat emel. Penghantaran emel rasmi mesti menggunakan akaun emel rasmi dan alamat emel penerima yang betul. Segala urusan rasmi adalah dilarang menggunakan akaun persendirian seperti yahoo.com, gmail.com, streamyx.com dan sebagainya serta alamat emel persendirian seperti cantikmolek@yahoo.com, xxray@gmail.com dan sebagainya.
Penggunaan akaun atau alamat emel tidak rasmi boleh dianggap sebagai penghantaran emel tidak rasmi dan mengakibatkan mesej yang dihantar tidak dianggap penting atau perlu diambil perhatian atau tindakan. Perbuatan ini juga dianggap sebagai etika kerja yang tidak profesional.
Etika ini diharap dapat dipatuhi sepenuhnya oleh semua staf kerana profesionalisma dalam pekerjaan perlu bagi mewujudkan masyarakat pengguna emel yang bertanggungjawab dan berdisplin. Berbanggalah dengan kemudahan yang diberikan dan jadilah pengguna yang bijaksana demi untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan jabatan.