07 – 55 30308 corporate@utm.my

Panduan Bahan Promosi

Panduan pengisian bahan pencetakan promosi dan hebahan

i) Tema kandungan bahan pencetakan promosi dan hebahan mestilah bersesuaian dengan aktiviti/produk/mesej yang ingin disampaikan. Bahan pencetakan promosi dan hebahan yang dibuat tidak boleh menyalahgunakan kepercayaan atau mengeksploitasikan pengetahuan dan pengalaman pengguna. Contohnya,”Kami pasti anda mendapat A dalam semua subjek”. Bahan pencetakan promosi dan hebahan juga tidak boleh menentukan atau typecast sesuatu kaum/bangsa atau jantina menurut pekerjaan, nilai-nilai tradisi dan latar belakang.

ii) Bahan pencetakan promosi dan hebahan mestilah mengandungi penyataan maklumat yang tepat, benar, jelas, terkini dan boleh dibuktikan. Bahan pencetakan promosi dan hebahan juga tidak boleh mengandungi pernyataan yang mengelirukan atau tidak boleh dibuktikan

iii) Kandungan bahan pencetakan promosi dan hebahan mestilah menggalakkan kepada amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni antara pelbagai lapisan umur dan kaum/bangsa di UTM khasnya dan Malaysia amnya. Pernyataan atau persembahan ilustrasi yang memberi gambaran positif terhadap pelbagai budaya masyarakat di UTM khasnya dan Malaysia amnya adalah digalakkan.

iv) Pernyataan atau persembahan ilustrasi bahan pencetakan promosi dan hebahan mestilah mengambilkira sensitiviti masyarakat pelbagai kaum/bangsa di UTM khasnya dan Malaysia amnya tanpa unsur-unsur diskriminasi sosial.

v) Persembahan ilustrasi bahan pencetakan promosi dan hebahan yang memaparkan wajah-wajah pelbagai kaum/bangsa di UTM khasnya dan Malaysia amnya adalah digalakkan.

vi) Kandungan yang memberikan gambaran positif persekitaran di UTM khasnya dan Malaysia amnya adalah digalakkan.

vii) Elak dari menggunakan persembahan ilustrasi dengan latar belakang yang kompleks dan rumit kerana penggunaan imej yang dominan adalah lebih jelas dan memberi kesan. Perbezaan warna latar belakang dan ilustrasi yang hendak ditonjolkan perlulah jelas dan ketara.

viii) Pernyataan atau persembahan ilustrasi bahan pencetakan promosi dan hebahan mestilah seiring dengan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Dasar Kerajaan.

ix) Kandungan bahan pencetakan promosi dan hebahan mestilah menggunakan bahasa persuratan yang betul serta bertepatan dengan persembahan ilustrasi yang dipaparkan.

x) Penggunaan Bahasa Kebangsaan hendaklah dipastikan betul dan tepat dari segi penggunaan perkataan, susunan ayat, ejaan, tata bahasa dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang betul hendaklah sentiasa merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

xi) Setiap bahan pencetakan promosi dan hebahan hendaklah dalam Bahasa Kebangsaan sama ada dengan sendirinya atau bersama dengan mana-mana bahasa lain.

xii) Jika Bahasa Kebangsaan digunakan bersama bahasa lain dalam bahan pencetakan promosi dan hebahan, perkataan-perkataan dalam bahasa kebangsaan itu hendaklah lebih besar saiznya dan ditonjolkan dari segi penekanan visual dan kedudukan berbanding dengan perkataan-perkataan dalam bahasa lain.

xiii) Bahan pencetakan promosi dan hebahan yang menggunakan bahasa lain mestilah membawa maksud yang sama seperti dalam bahasa kebangsaan.

xiv) Penggunaan Bahasa hendaklah sopan dan tidak mempunyai sebarang konotasi negatif.

xv) Bahan pencetakan promosi dan hebahan mestilah mematuhi standard grafik yang telah ditetapkan terutama dalam penggunaan dan perletakkan logo UTM. Identiti atau logo UTM perlu jelas dan diberi keutamaan dengan dibezakan saiznya atau perletakkannya di tempat utama dalam bahan pencetakan promosi dan hebahan berbanding dengan logo-logo penganjur, penaja atau rakan usaha sama yang berkaitan.

xvi) Muka taip dan saiz huruf yang digunakan mestilah sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan. Tidak digalakkan menggunakan lebih daripada 2/3 jenis fon tetapi saiz font boleh dibezakan mengikut kepentingan maklumat yang hendak disampaikan.

xvii) Warna adalah penting untuk menentukan keupayaan maklumat yang disampaikan berjaya atau tidak. Warna kontra adalah untuk menarik perhatian dan memudahkan maklumat yang ingin disampaikan terbaca (ketakterbacaan atau dibaca secara tidak sengaja). Huruf-huruf dan latar belakangnya mestilah kontra dari segi bentuk dan warna.

xviii) Pastikan reka letak iaitu susunan persembahan ilustrasi dan penggunaan huruf dan ruang adalah bersesuaian. Elakkan dari menggunakan ruang yang terlalu rapat antara huruf kerana mesej akan sukar dibaca kerana ianya akan kelihatan seperti bercantum (merge) dan semak/bersepah (clutter).

xix) Kos pencetakan bahan promosi dan hebahan mestilah mengambil kira capaian penerbitan (publication reach), bilangan pembaca dan kualiti bahan penerbitan dan keterbacaan bahan pencetakan promosi dan hebahan oleh khalayak sasaran.

Panduan Menyediakan Bahan Promosi Dan Hebahan

(Sila layari corporateaffairs.utm.my/blog/2012/08/branding-items/ bagi mendapatkan contoh-contoh bahan promosi)

 

 

6.1      BANNER/BUNTING DAN PAPAN IKLAN

Ciri-ciri Banner/Bunting yang berkesan :-

i)  Keterbacaan dan ketakterbacaan – Boleh dibaca dengan hanya sekali pandang atau mudah dibaca secara tidak sengaja. Hal ini bergantung pada penggunaan ayat dan ilustrasi yang ringkas dan menarik,
ii) Fokus – Tumpuan kepada mesej utama,
iii) Libatkan khalayak dengan mencipta dialog dan bukan monolog,
iv) Susunan reka letak mengikut tulisan abjad “Z” (kiri atas ke kanan bawah) dan susunan ilustrasi dan huruf yang sesuai akan menambah daya tarikan kepada khalayak,
v) Penggunaan warna haruslah kontra dengan warna persekitaran supaya banner/bunting dan papan iklan tersebut menjadi tumpuan utama apabila dipandang,
vi) Gunakan imej yang dominan dan elakkan dari menggunakan imej yang kompleks,
vii) Serlahkan jenama dan jelaskan identiti korporat pengeluar maklumat dan maklumat untuk dihubungi,
viii) Saiz dan ketinggian banner/bunting dan papan iklan mestilah sesuai dengan jarak penglihatan; dan
ix)  Lokasi yang strategik.

6.2      NOTIS/POSTER

Notis/Poster ialah reka bentuk grafik yang bertujuan untuk memberi maklumat, peringatan, berkomunikasi dan promosi barangan. Poster yang menarik mempunyai ciri-ciri berikut :-

i)              berupaya menarik perhatian orang ramai untuk membaca dan mengetahui maklumat lanjut,

ii)             berupaya menyampaikan mesej dengan cepat dan berkesan; dan

iii)           huruf atau muka taip dan ilustrasi berkaitan dengan maklumat utama yang ingin disampaikan dinyatakan dalam bentuk yang ringkas dan jelas.

Maklumat yang biasa terdapat dalam poster adalah seprti berikut :-

i)              Tajuk utama,

ii)             Penerangan ringkas/ cogan kata / slogan,

iii)           Ilustrasi atau gambar; dan

iv)           Identiti Korporat, nama pihak pengeluar maklumat dan alamat untuk dihubungi, jika perlu.

 

6.3      BROSUR/RISALAH

Brosur/Risalah ialah reka bentuk iklan yang biasanya digunakan untuk memberi maklumat dan penerangan tentang sesuatu barangan atau perkara untuk tujuan promosi.

Dalam merekabentuk risalah, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :-

i)              Penentuan tajuk dan tema,

ii)             Penyediaan teks penerangan untuk maklumat yang berkaitan dengan tajuk,

iii)           Lakaran ilustrasi yang sesuai dengan tajuk dan tema. Ilustrasi hendaklah mempunyai mesej yang jelas dan mudah difahami,

iv)           Pemilihan reka bentuk huruf dan kapsyen (caption) bagi ilustrasi yang sesuai,

v)            Pemilihan warna huruf dan ilustrasi; dan

vi)           Lipatan risalah mengikut reka bentuk risalah.

6.4      IKLAN DI MEDIUM PERCETAKAN

Sebelum menyediakan sesebuah iklan, perkara berikut perlu dipertimbangkan supaya mesej yang disampaikan menepati sasaran pembaca (target audience) yang telah dikenalpasti seterusnya memberi jaminan pulangan yang diharapkan (ROI) :-

i)                    Objektif dan hala tuju universiti untuk meningkatkan daya saing sebagai destinasi pilihan utama pelajar cemerlang dan pelajar antarabangsa, menarik staf kompeten, jaringan dan hubungan industri dan antarabangsa untuk mencapai sasaran World Class University.

ii)                   Objektif dan hala tuju penjenamaan universiti untuk memartabat UTM berjenama Global,

iii)                 Fokus – tumpuan kepada mesej utama

iv)                 Libatkan khalayak (engaging the audience) dengan mencipta dialog dan bukan monolog,

v)                  Compelling insight dan peluang di UTM yang dapat memberikan faedah bersama dan akan dinikmati pihak pengguna,

 

vi)                 Serlahkan jenama dan jelaskan identiti korporat pengeluar maklumat dan maklumat untuk dihubungi,