07-55 30540 webmaster@utm.my

Interaksi berkesan melalui Facebook post.

Tujuan utama penciptaan Facebook oleh pengasasnya Mark Zuckerberg adalah untuk memudahkan interaksi dan perhubungan yang konsisten dengan rakan-rakan tanpa mengira jarak jauh.

Apabila Facebook mula berkembang ia mula digunakan untuk memudahkan interaksi dalam bidang perniagaan. Organisasi dan syarikat mula menggunakan Facebook untuk membangunkan perniagaan tetapi mereka sering membuat kesilapan dengan menganggap pengguna Facebook sebagai rakan-rakan yang akan sentiasa membaca post dan mengambil tahu tentang perkembangan perniagaan.

Tidak semua post pada Facebook Page dianggap penting oleh pengguna khususnya post-post oleh organisasi dan syarikat yang memasarkan produk. Tanpa bergaul, berbual (dengan cara mengeluarkan post mengenai hal pengguna serta membalas persoalan dan komen pengguna) di Facebook, pengguna akan bertindak menjauhkan diri dari membaca dan mengambil tahu akan post-post terkini oleh organisasi dan syarikat.

Interaksi berkesan ini merangkumi tiga aspek iaitu ‘Likes’, ‘Shares’ dan ‘Comment’ dan ada enam cara posting dengan betul bagi tujuan ini.

Gambar

Sekeping gambar membawa ribuan maksud dan di dalam konteks Facebook, sekeping gambar dapat menarik ratusan komen berbentuk pertanyaan, pujian, ‘likes’, ‘shares’, dan pelbagai reaksi yang diterjemahkan oleh pengguna Facebook dalam bentuk ‘comments’.

Setiap post mengenai apa sahaja sekalipun boleh disekalikan dengan sekeping gambar kreatif yang berkaitan dan akan dapat menarik lebih perhatian dari pengguna Facebook lain.

Isi tempat kosong atau fill in the blanks

Antara salah satu cara menarik interaksi aktif dengan Facebook fans. Ia menggalakkan pengguna Facebook yang lain untuk menggunakan kreativiti mereka untuk meletakkan perkataan yang sesuai bagi melengkapkan ayat yang di post oleh admin Facebook page. Post tersebut bakal mendapat sambutan yang lebih baik dari post biasa dari segi jumlah komen.

Caption gambar

Caption gambar yang menggabungkan kedua item di atas dapat menimbulkan idea facebook post lebih menarik. Caranya mudah, hanya post gambar dan minta Facebook fans berikan cadangan caption.

Soalan

Kebanyakan admin Facebook page melakukan kesilapan dengan hanya meletakkan kenyataan, pengumuman atau ayat perkongsian pendapat tanpa mengakiri post tersebut dengan pertanyaan atau soalan. Bertanyakan soalan adalah satu cara yang mudah untuk menarik pembaca untuk turut berkongsi pendapat dan menjadikan post tersebut lebih interaktif dan mendapat lebih perhatian. Tanpa pertanyaan, pembaca hanya akan membaca post/artikel yang dipost dan membiarkannya.

Untuk pilihan yang lebih mudah, berikan soalan yang ringkas untuk dijawab oleh pembaca. Contohnya soalan yang meminta pembaca memilih – seperti pilihan yang mana satu? Kiri atau Kanan? – adalah mudah untuk mewujudkan bilangan comments dari pembaca kerana mereka tidak perlu berfikir lama atau menulis panjang untuk comment.

Tips

Tips adalah idea-idea mudah difahami dan dilaksanakan oleh Facebook fans dalam kehidupan mereka. Satu-satu tip perlulah berkait rapat dengan pembaca dan memberi nilai tambah kepada kualiti hidup mereka agar lebih mendapat sambutan dan mungkin menambah interaksi khususnya ‘shares’ pada post tersebut.

Quotes

Quotes adalah antara jenis post yang popular, banyak mendapat likes dan shares di Facebook. Kata-kata ilmuan, pujangga, selebriti, motivator dan kata-kata ulama serta hadis juga termasuk dalam kategori ini.

Jenis post ini mendapat populariti yang tinggi kerana biasanya ia memberi semangat positif, memberi inspirasi dan bersesuaian dengan naluri kemanusiaan semua / kebanyakan individu.