Peraturan Menggunakan Ruang & Peralatan UTM Kuala Lumpur

 

1. Waktu tempahan mulai jam 9 pagi hingga 4 petang (Hari Bekerja) sahaja.

2. Borang tempahan hendaklah sampai ke pejabat berkenaan 14 hari sebelum tarikh penggunaan. Permohonan yang tidak
menggunakan borang tidak akan dipertimbangkan.

3. Pemohon perlu melampirkan surat kelulusan (i) Surat kelulusan program, (ii) Surat Kebenaran Tempahan & (iii) Layout

4. Sekiranya program yang dijalankan memerlukan banyak peralatan dan pemasangan khemah bermohonan hendaklah sampai ke Pejabat Pemajuan & Pengurusan Perniagaan (ABM) 21 hari sebelum tarikh program.

5. Pengguna yang memasang ‘backdrop’ termasuk apa-apa bentuk hiasan lain yang digunakan hendaklah menanggalkannya
sebaik sahaja program tamat. Ini kerana ruang mungkin digunakan oleh pihak lain pada keesokan harinya.

6. Pengguna adalah bertanggungjawab terhadap kebersihan ruang semasa digunakan terutamanya kebersihan sisa makanan
dengan memastikan pembekal makanan yang berkenaan membersihkan dan membuang sisa makanan tersebut. Tumpahan
makanan/ minuman di atas ruang berkarpet hendaklah dilaporkan dengan segera ke Pejabat Pemajuan & Pengurusan
Perniagaan (ABM).

7. Pengguna adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan alat/perabot semasa digunakan. Apa-apa kerosakan atau
kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera ke Pejabat Pemajuan & Pengurusan Perniagaan (ABM).

8. Mana-mana permohonan untuk menggunakan alat/perabot (contohnya kanopi atau khemah) di lain-lain ruang yang tidak
senaraikan (contohnya padang atau dataran kolej) hendaklah mengemukakan bersama-sama pelan lakaran secara kasar lokasi
program berkenaan.

9. Semua permohonan PELAJAR hendaklah mendapat kelulusan menjalankan aktiviti daripada Pejabat HEP terlebih dahulu
sebelum dikemukakan kepada pejabat ABM.

10. Semua PEMBATALAN program hendaklah dimaklumkan ke Pejabat Pemajuan & Pengurusan Perniagaan (ABM) dengan kadar segera, iaitu tujuh (7) hari SEBELUM program tersebut dijadualkan berlangsung. 50% daripada kadar sewa ruang yang
ditempah akan dikenakan sekiranya gagal berbuat demikian.

11. Pejabat Pemajuan & Pengurusan Perniagaan (ABM) akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

12. Pejabat Pemajuan & Pengurusan Perniagaan (ABM) akan mengenakan serta menguatkuasakan mana-mana peraturan lain yang difikirkan wajar dari semasa ke semasa.