Senarai Daftar Reka bentuk & Perwajahan Atur huruf Buku
1. Buku Cenderamata Majlis
2. Buku Penduan Fakulti/Pelbagai
3. Buku Komemoratif
4. Buku Terbitan Khas
5. Kertas Karja Khas
- Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga boleh didapati melalui laman web https://osca.utm.my/graphic/our-services/
- Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuktujuan kelulusan.
- Permohonan juga TIDAK BOLEH dibuat dengan menggunakan khidmat telefon, faks dan penghantaran e-mail ke Unit Grafik.
- Permohonan reka bentuk grafik hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat sekurang-kurangnya 3 (TIGA) minggu dari tarikh percetakan.
- Permohonan mestilah disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta hardcopy bahan berkenaan. Sekiranya perlu, contoh reka bentuk asal juga boleh dimajukan bersama borang permohonan reka bentuk.
- Sekiranya atur huruf memerlukan gambar, pihak pemohon PERLU menyediakan gambar atau Imej dalam bentuk jpeg, tiff atau psd dalam resolusi 300 dpi bagi menjamin mutu cetakan.
- Pihak Unit Grafik akan memaklumkan kepada pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan pembetulan.
- Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula artwork tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan pembetulan/pindaan (jika ada) sebelum final artwork dikeluarkan bagi tujuan percetakan.
- Sekiranya tiada sebarang pindaan PEMOHON dikehendaki menandatangani berserta COP PENGESAHAN di atas final art work tersebut dan perlu dikembalikan ke Unit Grafik untuk tindakan selanjutnya.
- Pihak Unit Grafik akan mengeluarkan CDR final art work tersebut berserta salinan hard copy yang telah ditandatangani kepada pemohon untuk tindakan selanjutnya.
- Unit Grafik hanya terlibat di dalam kerja penghasilan reka bentuk grafik sahaja. Bagi urusan percetakan ianya akan diuruskan oleh Unit Pentadbiran, Pejabat Hal Ehwal Korporat atau diuruskan sendiri oleh jabatan, fakulti dan pelajar masing-masing.