Photo – Kami di Creative Media Unit, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga atas sumbangan jasa dan bakti yang telah diberikan oleh Jurufoto kami Mohd Isyam Fazrin dalam merakamkan setiap detik majlis UTM selama ini. Beliau yang telah pun bertukar ke Pejabat Penerbit UTM , mulai 16 Nov. 2014 yang baru lalu, merupakan staf yang sangat komited dan berdedikasi terhadap tugas dan semoga penghijrahan ini akan menjadikan beliau maju jaya dalam berkarya. Kami juga mengalu-alukan kehadiran Jurufoto yang baru En. Halid Jamaludin ke CMU HEK. Semoga pertukaran ini akan memberi peluang yang terbaik untuk kedua mereka. Selamat maju jaya :)
by | Dec 7, 2014 | Updates