CITRA KARISMA 2025
MAJLIS KECEMERLANGAN DAN PENGHARGAAN UTM
GARIS PANDUAN DAN KRITERIA PENCALONAN ANUGERAH PENJENAMAAN 2024
1.0 LATAR BELAKANG ANUGERAH
1.1 Anugerah Penjenamaan adalah satu pengiktirafan dan penghargaan kepada staf UTM yang terlibat secara aktif dalam mempertingkatkan keterlihatan penjenamaan Universiti melalui pelbagai pelaksanaan aktiviti.
1.2 Menyokong usaha berterusan UTM dalam mengurus reputasi dan penjenamaan Universiti ke tahap yang lebih efektif.
2.0 KATEGORI ANUGERAH
2.1 Pusat Tanggungjawab – Jabatan (PTJ)
2.2 Individu:
-
- Staf Akademik
- Staf Pelaksana, Pengurusan dan Profesional
3.0 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
3.1 Penyertaan adalah terbuka semua Staf UTM secara berkumpulan mewakili PTJ dan individu (Akademik dan Staf Pelaksana, Pengurusan dan Profesional) yang berkhidmat dengan Universiti Teknologi Malaysia dan masih dalam tempoh perkhidmatan semasa permohonan dibuat.
3.2 Penilaian adalah bagi program dan aktiviti sepanjang 2024 sahaja. Fokus utama yang diberi penekanan adalah bagi usaha Penjenamaan yang mengetengahkan nama UTM secara bersama.
3.3 Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui emel beserta bahan bukti dalam format pdf. Borang Pencalonan mestilah disahkan oleh Ketua Jabatan/Dekan atau setaraf.
3.4 Pemenang pada Citra Karisma 2023 dan 2024 adalah tidak layak untuk menyertai pada tahun berikutnya.
3.5 Borang yang TIDAK LENGKAP atau LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DIPROSES.
3.6 Keputusan Jawatankuasa Panel Penilai Anugerah Penjenamaan adalah MUKTAMAD.
3.7 Sebagai urus setia, STAF PEJABAT STRATEGI DAN HAL EHWAL KORPORAT adalah terkecuali dari penyertaan.
4.0 KAEDAH PENILAIAN DAN PEMARKAHAN (PTJ DAN INDIVIDU)
4.1 Pihak urus setia akan membuat tapisan awal bagi memastikan setiap permohonan memenuhi syarat-syarat penyertaan dan kriteria penilaian yang ditetapkan.
4.2 Kaedah penilaian dan pemarkahan adalah berdasarkan penghantaran bahan bukti lengkap (tapisan pertama) dan pembentangan akhir.
4.3 Permohonan yang disenarai pendek di peringkat tapisan pertama akan dimaklumkan untuk membuat pembentangan di peringkat panel penilai.
4.4 Urus setia akan memajukan senarai finalis bagi setiap kategori kepada urus setia Citra Karisma dan pemenang akan diumumkan pada Majlis Citra Karisma.
5.0 KRITERIA DAN RUBRIK PENILAIAN BAGI KATEGORI
5.1 Berkumpulan – Pusat Tanggungjawab Jabatan (PTJ)
5.2 Individu: – Staf Pelaksana, Pengurusan dan Profesional
– Staf Akademik
KATEGORI BERKUMPULAN – PUSAT TANGGUNGJAWAB JABATAN (PTJ) | |||
BIL | KOMPONEN | ELEMEN | MARKAH (%) |
1. | Penjenamaan Digital | Laman Web | 10 |
Media Sosial | 10 | ||
2. | Media Digital/Penyiaran Televisyen/Radio/Media Massa/Portal Berita UTM | Keterlihatan di media tempatan/antarabangsa | 15 |
Penerbitan dan penghasilan kandungan untuk UTM | 15 | ||
3. | Impak Komuniti dan Industri | Projek dan program melibatkan komuniti dan industri yang meningkatkan penjenamaan dan keterlihatan UTM | 15 |
4. | Amalan dan Pematuhan kepada Garis Panduan Penjenamaan | Amalan dan pematuhan kepada garis panduan penjenamaan UTM untuk inisiatif penjenamaan digital, upacara rasmi dan penerbitan media | 15 |
5. | Penjenamaan Bersama Co-Branding |
Perletakan logo UTM/ logo gandingan | 5 |
Keterlihatan dan Kemas | 5 | ||
6. | Penganjuran Acara | Penganjuran acara korporat (melibatkan kehadiran Tetamu Kenamaan setaraf Naib Canselor dan ke atas) | 5 |
Penganjuran acara bukan korporat | 5 | ||
JUMLAH | 100 |
KATEGORI INDIVIDU – STAF AKADEMIK | |||
BIL | KOMPONEN | ELEMEN | MARKAH (%) |
1. | Penjenamaan Digital | Laman Web | 10 |
Media Sosial | 10 | ||
2. | Media Digital/Penyiaran Televisyen/Radio/Media Massa/Portal Berita UTM | Keterlihatan di media tempatan/antarabangsa | 10 |
Penerbitan dan penghasilan kandungan untuk UTM | 10 | ||
3. | Impak Komuniti dan Industri | Projek dan program melibatkan komuniti dan industri yang meningkatkan penjenamaan dan keterlihatan UTM | 15 |
4. |
Penjenamaan Bersama Co-Branding |
Peletakan logo UTM/ logo gandingan | 5 |
Keterlihatan dan Kemas | 5 | ||
5. | Penganjuran Acara | Penglibatan staf sebagai Pengerusi / Pengarah / Pengurus Lantai / Penyelaras / Setiausaha dalam penganjuran acara anjuran UTM | 5 |
Penglibatan staf sebagai ahli jawatankuasa acara anjuran UTM | 5 | ||
6. | Amalan dan Pematuhan kepada Garis Panduan Penjenamaan | Amalan dan pematuhan kepada garis panduan penjenamaan UTM untuk inisiatif penjenamaan digital, upacara rasmi dan penerbitan media | 10 |
7. | Pengiktirafan/Pelantikan | Pengiktirafan/ pelantikan yang diberi dalam aktiviti-aktiviti penjenamaan | 10 |
8. | Keterampilan | Keterampilan | 5 |
JUMLAH | 100 |
KATEGORI INDIVIDU – STAF PENGURUSAN, PROFESIONAL DAN PELAKSANA (PPP) | |||

6.0 KOS HADIAH
Anugerah | Kategori | Pemenang | Hadiah |
Anugerah Penjenamaan | PTJ | Berkumpulan |
RM 3,000.00 Trofi dan Sijil |
Individu | Staf Akademik |
RM 1,000.00 Trofi dan Sijil |
|
Staf Pelaksana, Pengurusan dan Profesional |
RM 1,000.00 Trofi dan Sijil |