07 – 55 30308 corporate@utm.my

PROSEDUR PERMOHON REKA BENTUK GRAFIK PELBAGAI

Senarai Daftar Reka bentuk Grafik Pelbagai

1. Poster
2. Pelekat Kenderaan
3. Brosur/Risalah
4. Tandanama
5. Kad Nama
6. Borang
7. Bag
8. Pelekat kenderaan
9. Folder
10. Kad Ucapan
11. Sijil
12. Bookmark
13. Letterhead

1. Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang boleh didapati di Unit Grafik Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga boleh didapati melalui https://osca.utm.my/graphic/our-services/

2. Permohonan mestilah disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Wordberserta hardcopy bahan berkenaan. Sekiranya perlu, contoh reka bentuk asal juga boleh dimajukan bersama borang permohonan reka bentuk.

3. Permohonan juga boleh dibuat dengan menggunakan faks dan penghantaran e-mail
ke Unit Grafik.

4. Permohonan reka bentuk grafik hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal EhwalKorporat sekurang-kurangnya 2 (DUA) minggu dari tarikh yang diperlukan/tarikh program berlangsung.

5. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuk tujuan kelulusan.

6. Pihak Unit Grafik akan memaklumkan kepada pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan pembetulan.

7. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula artwork tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan pembetulan/pindaan (jika ada) sebelum final artwork dikeluarkan bagi tujuan percetakan.

8. Sekiranya tiada sebarang pembetulan/pindaan, pihak pemohon dikehendaki menandatangani berserta cop pengesahan di atas final art work tersebut dan dikembalikan ke Unit Grafik untuk tindakan selanjutnya.

9. Pihak Unit Grafik akan mengeluarkan CDR final art work tersebut berserta salinan hardcopy pengesahan yang telah ditandatangani dan menyerahkan kepada pemohon untuk tindakan selanjutnya.

10. Unit Grafik hanya terlibat di dalam kerja penghasilan reka bentuk grafik sahaja. Bagi urusan percetakan ianya akan diuruskan oleh Unit Pentadbiran, Pejabat Hal Ehwal Korporat atau diuruskan sendiri oleh jabatan, fakulti dan pelajar masing-masing.

PROSEDUR PERMOHONAN ATUR HURUF DAN PERWAJAHAN DALAMAN BUKU

Senarai Daftar Reka bentuk & Perwajahan Atur huruf Buku

1. Buku Cenderamata Majlis
2. Buku Penduan Fakulti/Pelbagai
3. Buku Komemoratif
4. Buku Terbitan Khas
5. Kertas Karja Khas

1. Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga boleh didapati melalui laman web https://osca.utm.my/graphic/our-services/

2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuktujuan kelulusan.

3. Permohonan juga TIDAK BOLEH dibuat dengan menggunakan khidmat telefon, faks dan penghantaran e-mail ke Unit Grafik.

4. Permohonan reka bentuk grafik hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat sekurang-kurangnya 3 (TIGA) minggu dari tarikh percetakan.

5. Permohonan mestilah disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta hardcopy bahan berkenaan. Sekiranya perlu, contoh reka bentuk asal juga boleh dimajukan bersama borang permohonan reka bentuk.

7. Sekiranya atur huruf memerlukan gambar, pihak pemohon PERLU menyediakan gambar atau Imej dalam bentuk jpeg, tiff atau psd dalam resolusi 300 dpi bagi menjamin mutu cetakan.

8. Pihak Unit Grafik akan memaklumkan kepada pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan pembetulan.

9. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula artwork tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan pembetulan/pindaan (jika ada) sebelum final artwork dikeluarkan bagi tujuan percetakan.

10. Sekiranya tiada sebarang pindaan PEMOHON dikehendaki menandatangani berserta COP PENGESAHAN di atas final art work tersebut dan perlu dikembalikan ke Unit Grafik untuk tindakan selanjutnya.

11. Pihak Unit Grafik akan mengeluarkan CDR final art work tersebut berserta salinan hard copy yang telah ditandatangani kepada pemohon untuk tindakan selanjutnya.

12. Unit Grafik hanya terlibat di dalam kerja penghasilan reka bentuk grafik sahaja. Bagi urusan percetakan ianya akan diuruskan oleh Unit Pentadbiran, Pejabat Hal Ehwal Korporat atau diuruskan sendiri oleh jabatan, fakulti dan pelajar masing-masing.

PROSEDUR PERMOHONAN REKA BENTUK PERWAJAHAN BACKDROP PENTAS (MANUAL/SLIDE)

1. Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga boleh didapati melalui laman web https://osca.utm.my/graphic/our-services/

2. Permohonan mestilah disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta hardcopy bahan berkenaan.

3. Maklumat pada backdrop pentas perlulah lengkap dan merujuk:

1.1. NAMA MAJLIS
2.2. NAMA PERASMI – Senarai nama perasmi perlu diletakkan pada backdrop adalah
(i) Pro-Canselor
(ii) NC
(iii) Menteri Senarai nama perasmi di bawah tidak perlu diletakkan pada backdrop (memadai hanya status jawatan)
(i) Dekan
(ii) Pendaftar
(iii) Bendahari
(iv) Pengarah-Pengarah
2.3 TARIKH majlis berlangsung
2.4 MASA majlis berlangsung

4. Permohonan juga boleh dibuat dengan menggunakan faks dan penghantaran
e-mail ke Unit Grafik tetapi penggunaan borang permohonan tetap perlu digunakan bagi tujuan rekod.

5. Permohonan reka bentuk grafik hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal EhwalKorporat sekurang-kurangnya 2 (DUA) minggu dari tarikh yang diperlukan/tarikh program berlangsung (Manual Backdrop) dan 3 (tiga) hari bagi e-backdrop.

6. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuk tujuan kelulusan.

7. Pihak Unit Grafik akan memaklumkan kepada pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan pembetulan.

8. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula artwork tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan pembetulan/pindaan (jika ada) sebelum final artwork dikeluarkan bagi tujuan percetakan.

9. Sekiranya tiada sebarang pindaan, pihak pemohon dikehendaki menandatangani berserta cop pengesahan di atas final artwork tersebut dan kembalikan ke Unit Grafik untuk tindakan selanjutnya.

10. Unit Grafik akan menyediakan huruf-huruf bagi ditampal sehari sebelum majlis berlangsung. (Bagi majlis rasmi universiti sahaja). Bagi aktiviti pelajar, unit grafik tidak menyediakan perkhidmatan menampal dan menurunkan huruf. (Jawatankuasa pelajar yang terlibat WAJIB menampal dan menurunkan huruf bagi setiap aktiviti yang dijalankan). Huruf-huruf yang dipinjam dari Unit Grafik WAJIB dipulangkan sebaik aktiviti selesai dijalankan (manual backdrop).

PROSEDUR PERMOHONAN REKA BENTUK WEB BANNER

1. Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga boleh didapati melalui laman web https://osca.utm.my/graphic/our-services/

2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuk tujuan kelulusan.

3. Permohonan mestilah disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta hardcopy bahan berkenaan. Sekiranya perlu, contoh reka bentuk asal juga boleh dimajukan bersama borang permohonan reka bentuk.

4. Permohonan juga boleh dibuat dengan menggunakan khidmat telefon, faks dan penghantaran e-mail ke Unit Grafik.

5. Permohonan reka bentuk web banner hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat sekurang-kurangnya 3 (TIGA) hari sebelum tarikh WEB hendak disiarkan.

6. Pihak Unit Grafik akan memaklumkan/email kepada pemohon untuk tujuan semakan dan pembetulan.

7. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula artwork tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan pembetulan/pindaan (jika ada) sebelum final artwork dikeluarkan bagi tujuan paparan.

8. Sekiranya tiada sebarang pembetulan/pindaan, pihak pemohon dikehendaki mendapatkan kelulusan dari Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam berserta cop pengesahan di atas final art work tersebut dan kembalikan ke Unit Grafik untuk tindakanselanjutnya.

9. Pihak Unit Grafik akan mengeluarkan CDR final art work tersebut berserta salinan hardcopy kepada pemohon untuk urusan selanjutnya atau sekiranya perlu Unit Grafik akan berurusan terus dengan Unit Web CICT untuk tindakan selanjutnya.

10. Hard copy pengesahan yang telah ditandatangani akan disimpan dalam fail unit grafik bagi tujuan rekod.

PROSEDUR PERMOHON REKA BENTUK BUNTING DAN BANNER

1. Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga boleh didapati melalui laman web https://osca.utm.my/graphic/our-services/

2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporatuntuk tujuan kelulusan.

3. Permohonan mestilah disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta hardcopy maklumat di bawah:

(i) Nama Majlis
(ii) Nama Perasmi

(a) Nama perasmi yang boleh diletakkan pada banner adalah:
1. Menteri
2. Pro-Canselor
3. NC
(b) Nama perasmi di bawah tidak perlu diletakkan pada banner (memadai hanya status jawatan)

1. Dekan
2. Pendaftar
3. Bendahari
4. Pengarah-Pengarah
(iii) Tarikh
(iv) Masa
(v) Tempat
(vi) Nama Penganjur
(vii) Nama Penganjur bersama(Sekiranya terdapat penganjur lain selain UTM sila kemukakan logo dalam bentuk softcopy)

4. Permohonan juga boleh dibuat dengan menggunakan faks dan penghantaran e-mail ke Unit Grafik tetapi penggunaan borang permohonan tetap perlu digunakan.

5. Permohonan reka bentuk banner dan bunting hendaklah dihantar ke Unit Grafik, PejabatHal Ehwal Korporat sekurang-kurangnya 5 (LIMA) hari berkerja sebelum tarikh majlis berlangsung.

6. Pihak Unit Grafik akan memaklumkan kepada pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan pembetulan.

7. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula artwork tersebut ke Unit Grafik untuktujuan pembetulan/pindaan (jika ada) sebelum final artwork dikeluarkan bagi tujuan percetakan.

8. Sekiranya tiada sebarang pindaan, pihak pemohon dikehendaki mendapatkan kelulusan dari Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam berserta cop pengesahan di atas final art work tersebut dan kembalikan ke Unit Grafik untuk tindakan selanjutnya.

9. Pihak Unit Grafik akan mengeluarkan CDR final art work tersebut berserta salinan hardcopy kepada pemohon untuk urusan cetak.

10. Hard copy pengesahan yang telah ditandatangani akan disimpan dalam fail unit grafik bagi tujuan rekod.

11. Unit Grafik hanya terlibat di dalam kerja penghasilan reka bentuk grafik sahaja. Bagi urusan percetakan ianya akan diuruskan oleh Unit Pentadbiran, Pejabat Hal Ehwal Korporat (kerja yang berkaitan majlis yang dianjurkan oleh Pej. HEK) atau diuruskan sendiri oleh jabatan,fakulti dan pelajar masing-masing.

12. Pemohon hendaklah mendapat kelulusan Pejabat Hal Ehwal Korporat (Unit Penjenamaan) sebelum pemasangan banner dan bunting dilakukan.

13. Pemohon juga bertanggungjawab untuk menurunkan bunting dan banner yang dipasang sebaik berakhirnya program atau tempoh tamat pemasangan yang diberikan.

PROSEDUR PERMOHON REKA BENTUK GRAFIK IKLAN AKBAR DAN MAJALAH

Senarai Daftar Reka bentuk & Perwajahan Atur huruf Buku

1. Buletin Semasa
2. Berita Harian
3. Harian Sinar
4. New Strait Times
5. Utusan Malaysia
6. Majalah

1. Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Reka bentuk Grafik yang boleh didapati di Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM. Permohonan juga boleh didapati melalui laman web https://osca.utm.my/graphic/our-services/

2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab sebelum dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat untuk tujuan kelulusan.

3. Permohonan mestilah disertakan dengan SOFTCOPY dalam perisian Microsoft Word berserta hardcopy bahan berkenaan. Sekiranya perlu, contoh reka bentuk asal juga boleh dimajukan bersama borang permohonan reka bentuk.

4. Permohonan juga boleh dibuat dengan menggunakan faks dan penghantaran e-mail keUnit Grafik.

5. Permohonan reka bentuk grafik iklan hendaklah dihantar ke Unit Grafik, Pejabat Hal Ehwal Korporat sekurang-kurangnya 3 (TIGA) hari sebelum tarikh iklan disiarkan bagi akhbar harian dan 2 (DUA) minggu sebelum tarikh grafik iklan dikeluarkan di majalah terpilih.

6. Pihak Unit Grafik membuat penghantaran melalui email atau memaklumkan kepada pemohon untuk mengambil artwork (draf 1) untuk tujuan semakan dan pembetulan.

7. Pihak pemohon hendaklah mengembalikan semula artwork tersebut ke Unit Grafik untuk tujuan pembetulan/pindaan (jika ada) sebelum final artwork dikeluarkan bagi tujuan percetakan.

8. Sekiranya tiada sebarang pindaan, PEMOHON dikehendaki mendapatkan kelulusan dari Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat untuk iklan Bahasa Inggeris dan Timbalan Pendaftar Perhubungan Awam untuk Bahasa Malaysia berserta cop pengesahan Timbalan Pengarah Komunikasi Korporat pada final art work tersebut.
9. Penghantaran reka bentuk iklan yang telah diluluskan perlulah dibuat sendiri oleh PEMOHON ke Syarikat Akbar yang dilantik. Segala urusan pembayaran juga perlu dilakukan oleh PEMOHON samada dari Pejabat Hal Ehwal Korporat, Fakulti atau Jabatan.